Want your
own Fotopage?










 
MOZABAS | photodesign

By: krew MoZaBaS

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 21-Dec-2008 13:28 Email | Share | Bookmark
Huzaimi & Suriati, Chendana Puteh, Melaka









Akhirnya Huzaimi Md Den telah pun menamatkan zaman bujangnya pada 20/12/2008 yang lalu. Pasangan hidupnya Suriati Aini, berasal dari Rembau, Negeri Sembilan. Sebenarnya saya bukanlah Official Photographer (OP) beliau dan isteri. Tetapi sempatlah saya 'cover' untuk satu event di rumah pengantin lelaki pada sebelah malam sabtunya.

Kedatangan kedua mempelai dimeriahkan lagi dengan letupan bunga api dan mercun. Dari satu das ke satu das. Yang paling istimewanya ialah kedua pengantin ini di junjung dengan kerusi buluh. Satu-satunya adat tradisi yang susah sangat saya jumpa pada satu-satu majlis perkahwinan melayu kita.

Turut serta bersama saya pada malam itu ialah Lipas Pencen, Sukri dan Syafiq. Seperti biasa Lipas Pencen sentiasa memberikan idea dan sokong padu pada saya. Tidak lupa juga Sukri yang turut banyak membantu ketika sessi pengambaran di jalankan. Potensi Sukri untuk menjadi junior photographer pada masa akan datang terserlah.

Dalam ramai-ramai photographer yang hadir, saya tertarik dengan seorang gadis manis (bakal photographer juga) yang berusia 18 tahun. Maaflah saya terlupa nak tanya namanya. Dalam usia yang sebegitu muda, beliau telah pun mempunyai DSLR Nikon D80 berserta Speedlight SB800. Hmmm...secara jujurnya saya katakan bahawa dalam lingkungan umur lewat 20-an, barulah saya dapat merasai pegang D80. Biasalah, kena kumpul dana yang secukupnya untuk upgrade system. Anyway, kepada cik adik manis sweet 18, semoga sukses selalu.

Kepada Huzaimi dan isteri, selamat pengantin baru diucapkan. Semoga berkekalan sehingga ke akhir hayatnya. AMIN...

Wah.....cantik gambarnya. Gua kagum dgn gambar dlm spec tu bro. Rasa-rasa tak jadi ler amik D700...nak cari D80 jugak lah he he he ..ada makna tuuuuuu Mon 22-Dec-2008 07:11
Posted by:Tok Mie  - [Link]
agak2 bile la kiter bl ber TT sesame ek...bolh kongsi ilmu Mon 22-Dec-2008 07:25
Posted by:man@dstudio dstudioproject@yahoo.com  - [Link]
abg, saya nih.
cantik gambr yang abg capture.
umur saya bru 15,
bkn 18 lh.

anyway gambar yg abg capture betul2 cantik.
saya bukan reti sangat pun nak capture gmbr
yg lawa2 mcm abg.
cuma minat sangat dgn fotografi.
Mon 22-Dec-2008 08:22
Posted by:nad fhara_nadia@yahoo.com
bro tokmi, jgn ambik D700 @ D80.......................go to 50D.....................wakakaka. ganah btol photog tu yg agak botak ....nazar anak baru kot Sun 28-Dec-2008 02:04
Posted by:sydeen
[tokmie] - hehe...lain macam ajer bunyi dia...hehehe...alang-alang D80 baik sambar terus D90. Best gak tue...

[man@studio] - insya-allah..boleh..apa kata bro anjurkan TT. Kalo jadi saya turun. Ok tak?

[fhara_nadia] - sori fhara, abang dah salah taip pulak bab umur tue. Tak per...kalo ada kelapangan dan turun ke Melaka, boleh ikut abang gie shoot sekali. Boleh berkenalan dengan photographer yang lain kat Melaka nie macam abang tok mie, abang sydeen, abang karim, abang mail, sternz, bro lipas_pencen, bro zahid, bro apis, bro hello_maker, bro awie_beskalmuda dan ramai lagi. Mesti lagi best....

[sydeen] - hehehe...ganaz ker...mana tau nie...a'ah..botak kan kepala untuk bayar nazar. Tapi bukan Naza Ria...hehehe...ikut langkah bro Zahid. Hehehe...
Tue 30-Dec-2008 00:01
Posted by:mozabas mozabas@yahoo.com.my  - [Link]
thanks to din, lipas n syukpsal shoot majlis perkahwinan aku mlm tu..
kecut perut gak masa mula2 kene junjung tu.. pas tu dlm 15s, baru ok..
takut jatuh jer... hahaha...
thanks gak pada nadia psal sesama shoot
thanks pada all yg terlibat..
u all done o good job bro..
Tue 6-Jan-2009 07:06
Posted by:huzaimi supemans@yahoo.com
steady ar bro...gamba abg memang caya la.. Wed 11-Feb-2009 01:48
Posted by:wanJR_za8cReW wanjr_photographerz@yahoo.com


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.