Want your
own Fotopage?










 
MOZABAS | photodesign

By: krew MoZaBaS

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  5  [6]  7  >  >>]    [Archive]
Tuesday, 11-Sep-2007 13:16 Email | Share | | Bookmark
~* SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI *~



Kami "krew | MOZABAS" mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua muslimin dan muslimat di seluruh Malaysia. Semoga Syawal kali ini lebih memberi makna kepada anda semua.

Kami juga ingin memohon ampun dan maaf sekiranya ada yang tersinggung atau berkecil hati dengan kami dan juga pada krew2 yang lain. Sesungguhnya yang baik dan mulia itu datang dari Allah s.w.t dan yang buruk itu datang dari diri kami yang hina ini.

Setelah berehat selama sebulan ini, kini kembali semula untuk meneruskan pejuangan dalam dunia seni photography ini. Terima kasih atas semua sokongan dan komen dari anda semua. Kami amat menghargainya.

Akhir kata, memandulah dengan berhati-hati di musim perayaan ini. Ingatlah insan yang tersayang. Ingat pepatah ini " JANGAN MEMECUT KERANA KEBAJIKAN DAN KASIH SAYANG KELUARGA ANDA DI BAHU ANDA..."

Ingatan tulus ikhlas daripada
Krew | MoZaBaS

saalam saudara...leh tanya saudara area mana ya.. saya bertugas di Melaka jln Hang Tuah.....
boleh kenai2
Sat 13-Oct-2007 17:27
Posted by:ruzaimy  - [Link]
selamat rayoo.... Sun 14-Oct-2007 12:36
Posted by:aligemuk aligemuk@gmail.com  - [Link]
gambar dah diupdatekan ....tuer lah pasal ..best tapi sorry lah tak bole lepak lama coz ada hal ..kang tak gi geng aku mengamuk lak ...tarahal nyer ...nanti later kita gie ajak razak latif .....hello maker and other gir outing ..tangkap gmbr ..amacam ...baru aaa meriah photographer melaka .. Wed 17-Oct-2007 02:42
Posted by:rezwan  - [Link]
View all 17 comments Add comment


Saturday, 8-Sep-2007 15:51 Email | Share | | Bookmark
Ramadhan Al-Mubarak



Kami di MOZABAS ingin mengucapkan selamat menyambut bulan yang penuh keberkatan Ramadhan Al-Mubarak kepada semua muslimin dan muslimat. Semoga Ramadhan kali ini membawa keberkatan kepada kita semua...Amin...

p/s : tembak, tembak juga..akhirat jangan lupa...

Krew | MoZaBaS

Nice editing bro, All the best for you, AMeen!

http://quest-studio.fotopages.com
Mon 10-Sep-2007 01:38
Posted by:Fairuz fairuz_dahlan@yahoo.com  - [Link]
terima kasih Encik Fairuz...sama-sama kita memajukan industri photografi di negara yang kita cintai ini... Mon 10-Sep-2007 03:40
Posted by:krew | MOZABAS
Add comment


Saturday, 8-Sep-2007 02:31 Email | Share | | Bookmark
perkahwinan | AZ&SU



Alhamdulillah..syukur pada Allah s.w.t..segalanya berjalan lancar. Tahniah diucapkan kepada Az dan juga pasangannya Su kerana telah bergelar suami isteri. Kami dari MoZaBaS mendoakan agar Az & Su berbahagia selalu. Ucapan penghargaan setinggi-tinggi terima kasih kepada keluarga pengantin dan sanak saudara kerana memberikan kerjasama yang sepenuhnya kepada kami. Tidak ketinggalan juga kepada mak andam, Kak Rita dari Impiana Andaman. Thank you for your support...

Krew | MoZaBaS

Care to comment?


Saturday, 8-Sep-2007 01:07 Email | Share | | Bookmark
perkahwinan | ZAHURIN&SITIAMIRA



Selamat menempuhi alam rumahtangga buat ZAHURIN dan isterinya SITI AMIRA. Semoga berbahagia selalu dan berkekalan sehingga ke akhir hayat. Lokasi pengambaran telah dibuat di rumah mak andam (Impiana Andaman) di Bukit Rambai dan OUTDOOR SESSION pula dibuat di sekitar Pantai Puteri, Melaka.
ZAHURIN & SITI AMIRA, korang memang best dan sempoi. Seronok berkerjasama dengan dia orang. Terima kasih atas segala kerjasama yang telah korang berikan kepada kami sepanjang sesi photografi dijalankan. Tidak lupa juga kepada RUBY dan KAK RITA dari Impiana Andaman yang banyak membantu kami untuk menjayakan sesi photografi ini.



Tidak lupa juga kepada EJAT yang sudi bantu kami dalam sesi kali ini. Thanks EJAT...

Krew | MoZaBaS

nice nice!! aku harap korang akan berjaya dan setanding dengan CS satu hari nanti.. Tue 16-Oct-2007 17:46
Posted by:Aizuddin Saad  - [Link]
nice nice!! aku harap korang akan berjaya dan setanding dengan CS satu hari nanti.. Tue 16-Oct-2007 17:46
Posted by:Aizuddin Saad  - [Link]
Shuji...terima kasih atas sokongan anda. Insya-allah. Kami pun berharap anda begitu juga... Fri 26-Oct-2007 09:48
Posted by:krew | MOZABAS  - [Link]
View all 10 comments Add comment


Friday, 17-Aug-2007 16:32 Email | Share | | Bookmark
perkahwinan | KHAIRUL&MASTURA



Selamat Pengantin Baru buat Khairul & Mastura. Majlis telah berlangsung dengan jayanya di rumah pihak pengantin perempuan di Kuala Sungai Baru. Khairul berasal dari Klang, Selangor dan Mastura berasal dari Melaka. Dari mata jatuh ke hati...dari bercinta dan berkasih hingga ke gerbang perkahwinan. Doa kami agar jodoh pengantin baru nie akan berkekalan sehingga ke akhir hayat.

Penghargaan kepada keluarga kedua-dua belah pihak atas kerjasama yang diberikan...




Terima kasih juga kepada ejat&nolie yang turut hadir (selaku photog jemputan) dan memeriahkan lagi suasana. Thanks ejat&nolie. Kalo ada job lagi aku sound korang k....

Krew | MoZaBaS


uiks! aku tgh baring2 ko sempat snap ye! heheheheh! caya r bro! memang lawo gambar aku tuh! kihkihkih Mon 10-Sep-2007 09:08
Posted by:ejat
huhuhu....gambar dah ok...but pengantin lelaki tue awat muncung jer...susah tol nak senyum.. Thu 18-Oct-2007 07:25
Posted by:aremine the wedding shooter  - [Link]
Salam "AREMINE THE WEDDING SHOOTER"...terima kasih kerana sudi singgah di sini. Terima kasih atas komen anda. Insya-allah, kami akan cuba memperbaiki pada masa akan datang....

p/s : aku kasi pengantin senyum dan gelak tawa terbahak2...hehehehe
Fri 26-Oct-2007 09:53
Posted by:krew | MOZABAS  - [Link]
View all 10 comments Add comment


Saturday, 11-Aug-2007 01:52 Email | Share | | Bookmark
Kesuma & Azura | 11 Ogos 2007





Selamat Pengantin Baru kepada Kesuma & Azura yang telah berlangsung pada 11 Ogos 2007. Majlis akad nikah dan bersanding telah dilangsungkan di rumah keluarga Azura yang berada di Tebong, Alor Gajah, Melaka. Dengan bertemakan warna hijau, majlis perkahwinan ini sungguh meriah dengan kehadiran sanak saudara, adik beradik, sahabat handai dan juga kenalan.
Disini kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada yang terlibat dalam sesi photografi semasa majlis dijalankan.

Krew | MoZaBaS

time kasih pade fotographer kite..walaupn last minute wat preparation utk kawin ni..alhamdulillah sume pn bjln dgn lancar..good job guys! Thu 18-Oct-2007 18:50
Posted by:azura
Hai "PUAN AZURA"..apa kabar? Macamana keadaan di Ireland sana? Harap-harapnya semuanya baik-baik belaka. Masih belum terlambat kami nak ucapkan "SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI" kepada Pn. Azura serta suami....Sempena hari yang mulia ini, kami ingin memohon ampun dan maaf atas segala kesalahan dan kesilapan kami... Fri 26-Oct-2007 09:57
Posted by:krew | MOZABAS  - [Link]
alhamdulillah dah masuk 8bulan kitorg kawin..ni tgh nk abeskan final exam..doakan kitorg..korg dh kawin ye? tahniah..moga bbahagia hingga akhirat insyaallah.. Sun 13-Apr-2008 18:57
Posted by:azura
View all 5 comments Add comment


Saturday, 11-Aug-2007 01:47 Email | Share | | Bookmark
Shahril & Norashita | 27 Julai 2007



'Selamat Pengantin Baru' buat Shahril dan Norashita yang berlangsung pada 27 Julai 2007. Majlis dilangsungkan di Serting, Negeri Sembilan dan Kampung Bukit Nangka, Melaka. Majlis sungguh meriah sekali. Anyway...jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dan membantu kami ketika sessi photography dijalankan terutama kepada pengantin dan keluarganya.

Krew | MoZaBaS

Care to comment?


Monday, 23-Jul-2007 09:00 Email | Share | | Bookmark
DOA SELAMAT | rembia, melaka



Majlis kenduri doa selamat ini di adakan di pekan rembia. Terima kasih kepada tuan rumah iaitu Encik Norisham dan keluarga.
Krew | MoZaBaS

Care to comment?


Thursday, 19-Jul-2007 15:11 Email | Share | | Bookmark
Perkahwinan | Noni&Irwan


Selamat Pengantin baru kepada noni serta abangnya bersama pasangan masing-masing. Majlis perkahwinan ini dilangsungkan di Simpang Ampat, Alor Gajah, Melaka. Yang paling best ialah saudara-saudara pasangan pengantin ini sepakat untuk memakai baju yang berwarna oren ketika majlis berlangsung. Meriah betul. Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada Kak Midah dan keluarga serta tidak lupa juga kepada saudara Yan dari Tampin. Kerjasama dari anda semua amat kami hargai.
Semoga pasangan pengantin ini berbahagia untuk selamanya...

Krew | MoZaBaS

Care to comment?


Thursday, 19-Jul-2007 13:56 Email | Share | | Bookmark
Perkahwinan | Lan & Liza



Gambar kahwin Liza & Lan yang berlansung pada 22 Jun 2007 di Tangga Batu. Majlis Perkahwinannya sungguh meriah walaupun pada masa tue hujan turun renyai-renyai. Lan nampak sungguh segak sekali dengan pakaian rasmi Angkatan Tenteranya...Tidak lupa jugak pada Liza yang nampak begitu anggun ketika memakai gaun putih. Ucapan terima kasih ditujukan khas kepada pihak keluarga pasangan pengantin yang melayan kami dengan begitu baik sekali. Tidak lupa jugak kepada mak andam "Kak Rita" yang banyak membantu kami ketika majlis berlangsung.
Semoga Liza & Lan berbahagia selalu hendaknya.. AMIN..

Krew | MoZaBaS

Care to comment?


[<<  <  1  2  3  4  5  [6]  7  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.