Want your
own Fotopage?










 
MOZABAS | photodesign

By: krew MoZaBaS

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  1  2  [3]  4  5  6  7  >  >>]    [Archive]
Tuesday, 10-Jun-2008 06:11 Email | Share | | Bookmark
Marsolos KAHWIN!!...








Hahahaha!!! (ketawa jahat nie)...dan untuk sekian kalinya, kami MOZABAS KREW dan KKFK (Lipas_Pencen) telah mengegarkan majlis perkahwinan adik beradik (Hajar Suriati & Nabil) baru-baru ini.

Kesian rasanya tengok Hajar dan Haffize A.K.A marsolos dibuli oleh kami. Tetapi mereka berdua ini sungguh "sporting". Cayalah...

Ucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh ahli keluarga kedua-dua belah pihak atas kerjasama yang telah diberikan.

Jadi kepada Hajar dan Marsolos, tunggukan kelahiran CUSTOM ALBUM "From Melaka To PD" dari kami....

***Undangan khas "AWIE" dari MELAKA...
p/s : terima kasih kerana sudi turut serta dalam the making of CA FROM MELAKA TO PD ini, nanti kalo kitaorang turun lagi wat outdoor, kitaorang sound...hehehe...

Mari saksikan "behind the scene"....Ehsan dari beskal_muda A.K.A Awie
http://beskalmuda.fotopages.com/?entry=1576910&page=0

konyer shooting n mood yg best la bro.... Mon 23-Jun-2008 02:25
Posted by:dstudio  - [Link]
wahhh..tip top la skang... Mon 23-Jun-2008 19:01
Posted by:aizuddin phrackieonline@yahoo.com  - [Link]
hehe..anak aku la bro... si dara kecil... lalalala.... Tue 24-Jun-2008 09:27
Posted by:rinz  - [Link]
View all 17 comments Add comment


Monday, 26-May-2008 15:51 Email | Share | | Bookmark
Istiadat Konvokesyen Kali Ke-68, UiTM Shah Alam





Assalamualaikum w.b.t kepada semua...

Baru-baru ini, saya bersama keluarga telah pergi ke Uitm Shah Alam, Selangor Darul Ehsan untuk menyaksikan adik ipar saya sendiri untuk Istiadat Konvokesyen Kali Ke-68, Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Saya sungguh berbangga sekali dengan UiTM kerana telah melahirkan banyak graduan-graduan yang berkualiti. Dan apa paling saya banggakan ialah mereka ini semua adalah ANAK MELAYU KITA.

Senyuman dan tawa riang mereka semua amat-amat menyentuh hati dan perasaan saya. Setelah penat lelah menuntut ilmu di menara gading, sekaranglah masanya untuk menikmati segala yang diusahakan.

SYABAS UiTM dan TAHNIAH kepada semua mahasiswa dan mahasiswi. Doa saya sentiasa bersama kalian semua. Teruskan usaha gigih anda semua demi untuk mempersadakan NAMA ANAK MELAYU di MATA DUNIA....

Dan sebelum itu, saya akan memijakkan sekali lagi kaki di perkarangan Dewan Seri Budiman, UiTM Shah Alam pada esok hari (27 Mei 2008) seawal jam 6.30 pagi. Mungkinkah saya akan dapat berjumpa dengan kenalan photog yang baru disana nanti.
Insya-allah...

Jika sesiapa yang terjumpa saya (memakai T-Shirt MOZABAS PHOTODESIGN) janganlah malu-malu untuk bertegur sapa...OK

p/s : tunggukan SIRI 2 Istiadat Konvokesyen Kali Ke-68 UiTM, Shah Alam dari saya

Tahniah, kreativiti , angel picture sangat menarik bagi merakam kenangan yg indah...tahniah mozabas Fri 6-Jun-2008 03:36
Posted by:encik am nurhakimone@gmail.com
anda dijemput ke majlis pernikahan, majlis berinai dan majlis bersanding akak saya pada 13 / 6 /2008 dan 14 hb /6 /2008 ...ehehehhe bawak kamera jgn tak bawak...heheheh..salam Sun 8-Jun-2008 12:39
Posted by:rezwan
tau tak ain pon der time tuh..ain konvo gak...wan der skali amik gmbr ain..tlalu ramai kt saner..sbb tuh tak jmper kot.... Sun 6-Jul-2008 13:02
Posted by:takcute takcomey
View all 4 comments Add comment


Friday, 2-May-2008 13:22 Email | Share | | Bookmark
New Product From Us



Assalamualaikum w.b.t

Setelah mengeluarkan CUSTOM ALBUM, SEMI-CUSTOM ALBUM dan juga FOTOKOMIK ALBUM, kami kini akan mengeluarkan
satu lagi produk yang terbaru untuk mempelbagaikan lagi pilihan bakal pengantin di luar sana.

Dengan gabungan dan kerjasama dari salah seorang ahli Keluarga Kecil Fotografi Kami (KKFK) iaitu saudara
Lipas Digiphoto A.K.A Lipas Pencen kami pasti produk terbaru ini mampu memberikan kelainan pada anda semua.

Jadi tunggukan pengumumannya di fotopages ini ataupun di http://lipaspencen.fotopages.com.

salam,

mmg nampak tak tahan sungguh dia yer
ekpressi mantap..suka suka!!
Sat 17-May-2008 18:07
Posted by:otosan agmnhob@gmail.com  - [Link]
sentiasa menanti apa yg terbaru dari korang.. chiyOk!! chiyOk!! Tue 27-May-2008 02:08
Posted by:marsolos marsolos@yahoo.com.my  - [Link]
ape yg baru nie...habak mai la
http://dstudio.fotopages.com
Thu 5-Jun-2008 09:07
Posted by:dstudio  - [Link]
View all 9 comments Add comment


Sunday, 27-Apr-2008 12:31 Email | Share | | Bookmark
:: OPENING SOON ::



Pada petang tadi, kami bersama Lipas Pencen telah melawat ke kedai baru Butik Pengantin Impiana yang sedang dalam proses pembikinan. Boleh dikatakan hampir 80% persiapan pengubahsuaian kedai telah dilaksanakan.

Tabik kepada "owner" Butik Pengantin Impiana atas segala usaha-usaha dan pencapaian beliau sehingga mampu untuk membuka sebuah Butik.

Jadi tunggukan liputan selanjutnya mengenai pembukaan rasmi Butik Pengantin Impiana ini....

>> colourful bro...
>> nasib baik le aku dah kahwin...
Sun 27-Apr-2008 19:28
Posted by:<< jeff >>  - [Link]
Dah kawin pun boleh Jeff...
buatlah pre-wed. dengan mozabas ni hehehe...Joke aja!
Mon 28-Apr-2008 05:21
Posted by:LipasPencen  - [Link]
waa... tembak gmbr busana plak.. hehehe.. cun2.. Fri 23-May-2008 02:00
Posted by:Azmeir Zaki azmeir@gmail.com  - [Link]
Add comment


Saturday, 26-Apr-2008 10:54 Email | Share | | Bookmark
:: IAN & IMA ::

PERKAHWINAN IAN & IMA



Salam kepada semua...
Masih lagi terasa kepenatan setelah bertungkus lumus selama 2 hari untuk memenuhi tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan. Selama 2 hari itu juga kami berkampung di Kampung Paya Rumput, Sungai Udang, Melaka.

Majlis akad nikah telah belangsung pada pagi tadi di rumah pengantin perempuan. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Hari pun cerah walaupun pada sebelumnya, hujan melanda setiap petang di kawasan sini.

Pada minggu hadapannya pula, pihak keluarga Ima akan bertandang di rumah Ian di Seremban, Negeri Sembilan.

Jadi sebagai intronya, terimalah gambar montaj sebagai permulaannya. Gambar yang lainnya akan menyusul kemudian.

Kepada Ian & Ima, selamat pengantin baru kami ucapkan. Semoga berkekalan sehingga ke akhir hayat. Amin.

>> mantap mantap...
>> makin menjadi la bro...
Sun 27-Apr-2008 19:30
Posted by:<< jeff >>  - [Link]
lawo editing bro Thu 5-Jun-2008 09:05
Posted by:dstudio  - [Link]
editing yang cantik

Jom beli cenderahati & kad kahwin murah dari padang besar.
---> http://www.padangbesar.net

Sun 15-Jun-2008 10:15
Posted by:milia milia2809@yahoo.com
Add comment


Saturday, 19-Apr-2008 11:55 Email | Share | | Bookmark
:: Keluarga Kecil Fotografi Kami ::


Inilah Keluarga Kecil Fotografi Kami (KKFK). Ikatan yang dibina atas dasar minat di dalam bidang yang sama menjadikannya ianya sesuatu yang terlalu istimewa sehinggakan kami sudah seperti satu keluarga yang bahagia. Walaupun kecil tetapi impaknya BESAR.

Pernah suatu ketika dahulu, hasil kerja kami diperlekehkan. Kami telah di "ayam-ayam"kan oleh orang lain. Tiada mata yang memandang idea dan kretiviti kami pada masa itu. Tapi itu semua bukan jadi halangan buat kami. Dari kesabaran dan ketekunan selama ini, kini kami telah melihat hasilnya.
Syukur Alhamduillah kepada Yang Maha Esa atas segala kurniaanya.

Ingin saya kongsikan disini, kata-kata yang saya pegang sehingga kini dari salah daripada ahli KKFK iaitu Kamarul Zaman a.k.a Lipas DigiPhoto yang berbunyi begini. "Sejauh mana kita pergi sekalipun, jangan lupa rakan2 kita dibelakang, kerana sekaranglah masa kita untuk memertabatkan industri fotografi MELAYU kita." Kata-kata tersebut cukup memberangsangkan saya.

Contoh yang cukup terdekat adalah seperti saudara SN (Saiful Nang) dan team CSnya. Sungguh banyak yang beliau lakukan untuk memertabatkan industri fotografi negara kita. Saya betul-betul "tabik" pada beliau. Sehinggakan beliau boleh mencipta nama sampai ke luar negara. Semoga saudara SN terus mengorak langkah kehadapan bersama-sama idea dan kreativitinya.

Mungkin jasa saya dan KKFK yang lain hanya ibarat sebutir pasir di tepi pantai. Terlalu kecil dalam bidang fotografi ini. Walaupun kecil, itulah sumbangan kami untuk memastikan industri fotografi di negara ini lebih ceria dan berwarna-warni.

Saya berharap agar industri fotografi ini terus maju. Bak kata pepatah lama, "TAK LAPUK DEK UJAN, TAK LEKANG DEK PANAS."

syabas u hv ur own style of editing...cantik Thu 24-Apr-2008 13:40
Posted by:A r a z z s R a z w i l l  - [Link]
nice bros...huhuhuuhuh..lama tak lepak ngan korang.....semoga all ok ...congrat ..ur all memang the best...rindu nak shoot ngn member member melaka kembali...nier yang nak gi melaka nier pas interview...boler lepak tt..huuhuh Thu 24-Apr-2008 16:08
Posted by:oceean@wan
aku dari dulu sampai skang pun masih kena ayam2 lagik..
wahahha..
Anda Hebat!!
Mon 5-May-2008 23:40
Posted by:apis  - [Link]
View all 12 comments Add comment


Saturday, 19-Apr-2008 09:25 Email | Share | | Bookmark
:: WEDDING ~ COOMING SOON ::



Tunggukan untuk selanjutnya...

hehehe... Hanafi... student aku ni dulu... budak SKM. Dah kawin dah yek... alhamdulillah. Nanti jumpa dia kem salam. Thu 24-Apr-2008 13:22
Posted by:Mamantaro@Sweet Moments  - [Link]
Add comment


Friday, 4-Apr-2008 15:54 Email | Share | | Bookmark
:: Alice & Aziz :: [PART II]

Sekali lagi, saya uploadkan gambar terkini untuk pasangan pengantin baru ini. Kepada Alice dan Azizi, semoga rindu anda pada CUSTOM ALBUM dan hasil karya seni dari saya dan krew akan terubat....TUNGGU!!!!....






wah2..kamu pnye editing mmg mnarik kalbu la..combination vector images y kreatif..n pnggunaan filter y mnusuk jiwa raga pengantin bla tgk..hehe
pndai2 jer aku kn...btw great bro..i like it..hehe
Mon 7-Apr-2008 02:08
Posted by:Mie Jack Broz broz_graphic@yahoo.com  - [Link]
editing kemas! cun! Tue 15-Apr-2008 01:55
Posted by:Azmeir Zaki azmeir@gmail.com  - [Link]
pic mantap... Thu 17-Apr-2008 03:35
Posted by:trisno  - [Link]
View all 4 comments Add comment


Monday, 31-Mar-2008 15:18 Email | Share | | Bookmark
:: Congratulations FUJI & MARIA ::







Pada hari Sabtu (29 Mac 2008), ketika azan Subuh dilaungkan...Lahirlah cahaya mata buat pasangan FUJI & MARIA. Nur Fatihah nama diberi. Sinar kebahagiaan buat pasangan FUJI & MARIA ini.

Kepada FUJI & MARIA, kami mengucapkan setinggi-tinggi TAHNIAH!! buat kalian. Semoga dengan kehadiran orang baru ini, akan bertambah rezeki dan kebahagian dalam rumah tangga korang.

P/S : Yo!!!..BIG PAPA PUMP...Kita tunggu pulak hari bahagia kawan kita...

Alamak bro...gambar lu memang cun. Color pun best...
Tak ada niat nak buat kelas ker bro...
Wed 2-Apr-2008 04:16
Posted by:YOUR FANS
wei gambar best arghhh!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Wed 2-Apr-2008 05:26
Posted by:kodok
wahhh...nampak real mcm foto lama gmabo engko mozabus!!!! keep it up guys.. Wed 2-Apr-2008 05:31
Posted by:kodokmanje kdokanje_82@yahoo.com
View all 9 comments Add comment


Friday, 21-Mar-2008 23:34 Email | Share | | Bookmark
Ibrahim & Asiah



Selamat Pengantin Baru kepada Asiah & Ibrahim. Pengantin dari perkampungan Kemboja ini selamat diijabkabulkan di rumah Asiah di Tanjung Minyak, Melaka.

Kami doakan agar Asiah & Ibrahim berbahagia selalu dan selamat menempuh alam baru...

betul ape yg lipas pencen ckp tuh..mmg dasyat dua org suami isteri nih..sgt creative...n sgt cool....tuh yg paling best... Mon 24-Mar-2008 15:06
Posted by:takcute takcomey
Terima kasih kepada rakan2 yang sudi memberikan komen. Sebenarnya komen dan juga pendapat korang nie adalah motivasi bagi diri aku sendiri. Korang yang banyak membakar semangat aku untuk terus berjuang dalam bidang fotografi nie. Jutaan terima kasih aku ucapkan.

<<takcute takcomey>> terima kasih kerana sudi melapangkan masa dan datang ke majlis perkahwinan kami berdua. Walaupun sekejap tapi kami berdua cukup gembira dengan kehadiran ain serta rakan2 yang lain. Selagi semangat ain untuk menceburi bidang fotografi ini masih membara, kami, brader lipas a.k.a QIS dan juga rakan2 yang lain sedia membantu ain untuk sama2 kita harungi liku hidup pahit manis sebagai seorang JURUGAMBAR... Apa yang penting jangan mudah menyerah kalah k...
Tue 25-Mar-2008 07:47
Posted by:mozabas mozabas@yahoo.com  - [Link]
smat la layout die..
Sun 20-Apr-2008 19:03
Posted by:mushi  - [Link]
View all 7 comments Add comment


[<<  <  1  2  [3]  4  5  6  7  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.