Want your
own Fotopage?










 
MOZABAS | photodesign

By: krew MoZaBaS

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  1  [2]  3  4  5  6  7  >  >>]    [Archive]
Monday, 20-Oct-2008 00:03 Email | Share | | Bookmark
We are back in track now..... Perkahwinan Nuar & Bash...

Salam kepada semua. Rasanya belum terlambat lagi aku nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada semua muslimin dan muslimat. Dan terlebih dahulu aku ingin memohon maaf kepada semua sekiranya fotopages ini lambat untuk dikemaskini.

Setelah sebulan jari jemari ini berehat sempena Ramadhan yang mulia, kini aku kembali ke arena fotografi yang amat aku rindukan. Pada hari sabtu bersamaan 20hb Oktober 2008, aku dan DSLR kesayangan aku kembali memanaskan badan kepada customer aku yang pertama bagi bulan Syawal ini iaitu Nuar dan pasangannya Bash.

Seperti biasa, pada petang sabtu tersebut, aku dan krew telah tetapkan lokasi untuk buat sesi luarpintu (outdoor). Tetapi di atas sebab teknikal (hari mau hujan)...so pada saat akhir, aku telah ubahkan lokasi outdoor untuk pasangan ini. Lokasinya di tepi pantai dan juga di bendang sawah padi yang tidak berada jauh dengan rumah pasangan pengantin baru ini.

Jadi aku harapkan Nuar dan Bash berpuas hati dengan khidmat yang kami berikan sepanjang majlis dan doa aku pada korang semoga berkekalan sehingga ke akhir hayat. Amin....
















>> kembali mengganas... Thu 23-Oct-2008 19:56
Posted by:<< jeff >>  - [Link]
salam aidilfitri broooo....... sebulan yek rest.. ok la tuu.. aku masih rest lagi nie.. hehehe... Fri 24-Oct-2008 03:00
Posted by:tenno rz  - [Link]
Salam...
Din aku dah dapat pindah Melaka hehehhe....
Tadi baru dapat surat!!! Doa2kan aku berjaya dengan suasana baru ni hehehhe
Bdw... nice pix man!
Tue 28-Oct-2008 19:15
Posted by:LipasPencen  - [Link]
View all 6 comments Add comment


Tuesday, 23-Sep-2008 02:50 Email | Share | | Bookmark
SeLaMat HaRi RaYa AiDiLfItRi



Syukur alhamdulillah kepada Allah s.w.t atas segala kurniaanya...
Raya 2008 akan menjelang tidak lama lagi. Sekarang nie, kebanyakkan orang tengah sibuk untuk membuat persiapan untuk menyambut raya.

Untuk semua photographer-photographer di luar sana, masa inilah untuk beristirehat bersama keluarga. Tetapi ada juga yang masih aktif dengan aktiviti-aktiviti yang telah dirancangkan.

Kepada rakan-rakan yang lain, yang menyambut kelahiran orang baru dalam keluarga, raya tahun ini amat bermakna untuk kalian. Semoga kalian semua sentiasa bergembira di hari yang mulia ini.

Kepada semua saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin...

creative n cun bangat...selamat hari raye bro Tue 23-Sep-2008 17:10
Posted by:za8 vtec_7822@yahoo.com.my  - [Link]
>> selamat hari raya bro...
>> apa cerita sekarang...?
>> jemputlah beraya ke rumah...
>> apapun, sampaikan salam kat roza...
Wed 8-Oct-2008 17:32
Posted by:<< jeff >>  - [Link]
selamat hari raya....ada buat bengkel asas lagi tak??? Fri 10-Oct-2008 17:00
Posted by:Lela Touch Creation  - [Link]
Add comment


Tuesday, 26-Aug-2008 03:42 Email | Share | | Bookmark
BENGKEL ASAS | fotografi dan photoshop



BENGKEL ASAS FOTOGRAFI & PHOTOSHOP


Bengkel asas ini hanya terbuka kepada sesiapa yang baru menceburi di dalam bidang fotografi.

Sasaran peserta untuk bengkel asas ini lebih kepada individu yang ingin menceburi kerjaya sebagai jurufoto perkahwinan dan kepada individu
yang masih baru dalam dunia fotografi.

Info Bengkel

Tarikh : 13 September 2008 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi sehingga 5.00 petang
Lokasi : JB 4858A, Bangunan Kedai MDJ, Pekan Umbai, Melaka (berhampiran Perkampungan Ikan Bakar Terapung)
Tenaga Pengajar : krew daripada MOZABAS & EF Photographic
Yuran : RM250 / orang


Pembelajaran 1 (Asas Fotografi)

- Pengenalan kepada kamera D-SLR serta penggunaannya
- Pengenalan mengenai Shutter Speed, Aperture & ISO
- Pengenalan mengenai Speedlight (Flash) serta penggunaannya
- Kaedah dan teknik mengambil foto INDOOR dan OUTDOOR


Pembelajaran 2 (Asas Photoshop)

- Pengenalan kepada perisian Adobe Photoshop
- Perbezaan di antara RGB dan CYMK
- Kaedah dan cara "crop" gambar dengan betul
- Kaedah dan teknik mengenai editing sesebuah gambar
- Penggunaan "tools" yang sedia ada di dalam Photoshop


Syarat Penyertaan

- Anda mesti BERMINAT mengenai fotografi dan editing sesebuah gambar
- Anda DIMESTIKAN untuk membawa sebuah kamera DSLR dan juga sebuah NOTEBOOK
- Pakaian adalah bersesuaian
- Boleh memberikan kerjasama antara para peserta dan juga tenaga pengajar
- Hanya 10 PESERTA PERTAMA yang mendaftar akan dipilih untuk mengikuti bengkel asas ini


Pendaftaran

- Kepada sesiapa yang berminat boleh mendaftarkan nama kepada kami.
- Sila hantarkan butiran tersebut kepada kami di mozabas@yahoo.com.my
a) Nama Penuh
b) Nama Singkatan (kalau ada)
c) No. Telefon
d) email
- Sekiranya anda terpilih untuk mengikuti bengkel ini, kami akan menghantar senarai program kepada anda melalui email
- Bayaran deposit sebanyak RM100 dikenakan terlebih dahulu sebagai tanda persetujuan dan selebihnya perlu dibayar
ketika pendaftaran pada tarikh bengkel
- Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada :
a) Hellomaker 012.6924169
b) Nazri 017.3356923
c) Mozabas 017.6935933

- Senarai nama peserta akan disenaraikan dibawah.

1. Mohd Ridzuan Othman - confirm
2. Hafizah Husin - confirm
3. Ann - confirm
4. Zahid
5. Rosiedey Mohamad
6. Bond
7. Suriana Amaluddin - confirm
8. Mohd Zamri - confirm
9. Eddie Shafri Darlis
10.



wah dh lame xmelawat fp ..siap ade kelas sndiri 2..perghhh

lawat la fp bru kitorg..
http://weddingmalaya.fotopages.com

n update bru..fp yg lame..
http://zalhilmy.fotopages.com

kitorg amek servis utk design custom album kawin..kalu berminat,sila contact kitorg..TQ..
Thu 28-Aug-2008 14:08
Posted by:Man d'HUST~~BroZ zm_n85@yahoo.com  - [Link]
Kepada peminat seni photo&editing Mozabas, ini peluang anda mendekati beliau. Walaupun bengkel ini asas anda bakal mengetahui tata cara kerja beliau dari pengendalian kamera hingga di depan komputer. Saya telah mendapat manafaat darinya.... Sat 6-Sep-2008 08:00
Posted by:LipasPencen  - [Link]
woh best ni, dah dekat dengan rumah. bro dengan Azmeir EK Photog sama team ke bro? Wed 17-Sep-2008 19:55
Posted by:Nuriman nuriman@cahayanika.com  - [Link]
View all 4 comments Add comment


Monday, 11-Aug-2008 02:48 Email | Share | | Bookmark
Majlis Perkahwinan Firdaus & Ina | 09 Ogos 2008







Pada Sabtu lepas, saya berada di Sungai Udang, Melaka bersama Ejat A.K.A Beljat untuk membantu beliau dalam sesi pengambaran Majlis Perkahwinan Firdaus dan Ina.

untuk pengetahuan, sebenarnya saya mengenali Ejat ini ketika saya masih baru menceburi bidang fotografi ini. Pada masa itu, saya hanya menggunakan Nikon D40 saya. Dan beliau pula masih menggunakan SLR (Filem). Tetapi kini, beliau telahpun memiliki Nikon D80. Banyak jasanya D80 tersebut kepada beliau. Cayalah...

Pelan asalnya saya turun bersama rakan seperjuangan iaitu Hellomaker untuk majlis tersebut. Tetapi sehari sebelum pada tarikh majlis tersebut berlangsung, saya mendapat panggilan dari beliau menyatakan beliau tidak sihat. Jadi kepada Hellomaker, saya doakan agar beliau cepat sembuh.

Sesi pengambaran berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Dan untuk sesi luarpintu (Outdoor), kami membawa Firdaus dan Ina ke Taman Rekreasi Sungai Udang. Nasib menyebelahi kami kerana pada waktu tersebut, cuaca cukup baik untuk pengambaran. Syukur alhamdulillah.

So, kepada kedua mempelai Firdaus dan Ina, selamat pengantin baru diucapkan. Dan kepada saudara Ejat A.K.A Beljat, terima kasih diucapkan kerana memberi peluang dan ruang untuk shoot bersama. Insya-allah kalau ada kelapangan kita dapat berkerjasama lagi.

Tidak lupa juga kepada semua yang terlibat, kerjasama dari semua amat saya hargai.

<ruzaimy> Time kasih...tapi masih lagi dalam perbikinan...hehehe...
<za8> hua..hua..hua...dua-dua ekor tue nak jadi ayah..(beljat dengan gua)...hehehehe....
Mon 18-Aug-2008 00:53
Posted by:Mozabas mozabas@yahoo.com.my  - [Link]
mozabas memang best!!! maju terus!!! Tue 19-Aug-2008 01:50
Posted by:marsolos marsolos@yahoo.com.my  - [Link]
erkkk.. bila la marsolos punya link boleh ada kat FP mozabas nih??
ker untuk photographer jerk??
Wed 20-Aug-2008 08:55
Posted by:marsolos marsolos@yahoo.com.my  - [Link]
View all 9 comments Add comment


Monday, 4-Aug-2008 05:53 Email | Share | | Bookmark
TAG ALONG Bersama EF Photographic Crew






Pada hari Sabtu yang lepas, saya berpeluang untuk TAG ALONG bersama photographer EF Photographic crew untuk sesi pengambaran perkahwinan NAZ & SU di Umbai, Melaka.

Pada kali ini, Saya bersama ahli KKFK (AWIE BM) dan juga seorang bakat kecil Adik Faiz. Apa yang paling menarik pada mata saya ialah Adik Faiz nie. Walaupun masih lagi menuntut di tahun empat, gaya dan bakatnya seperti orang dewasa. Dengan membekalkan SLR Canon (Film) beliau turut beraksi bersama-sama kami. Syabas kepada Adik Faiz, dan berkemungkinan beliau akan menjadi pelapis pada masa akan datang.

Kepada Nazri dan Hellomaker daripada Ef Photographic, terima kasih diucapkan kerana sudi memberi ruang untuk saya TAG Along bersama. Seronok betul keje dengan dia orang nie. Korang memang SEMPOI....

Tidak lupa juga kepada pasangan pengantin baru ini iaitu saudara NAZ dari Johor dan saudari SU...kami mengucapkan Selamat Pengantin Baru semoga berbahagia sehingga ke akhir hayat.

cargas betul ko ni ye? semoga bertambah rezeki.. Fri 8-Aug-2008 03:29
Posted by:nasikdagang  - [Link]
Namanya 'TAG ALONG' tapi kualiti macam job sendiri....
Editing menggila, ni yang geram ni....!
Eh Siapa adik Faiz tu ???
Nanti kita p outing bawaklah....
Fri 8-Aug-2008 17:09
Posted by:LipasPencen  - [Link]
nice picture bro... Sat 9-Aug-2008 20:39
Posted by:azmieibra azmieibra@yahoo.com  - [Link]
View all 7 comments Add comment


Monday, 28-Jul-2008 04:45 Email | Share | | Bookmark
Sejenak bersama Krew R STUDIO di Masjid Tanah


Pada Sabtu yang lalu, saya beruntung kerana telah mendapat peluang untuk mengikuti krew R STUDIO dalam sesi pengambaran perkahwinan. Lokasinya adalah di Kampung Pinang, Masjid Tanah.

R Studio ini terajui oleh Brader Rahman yang berasal dari Alor Gajah. Brader Rahman nie antara golongan-golongan orang lama (OTAI) dalam bidang fotografi ini. Kini beliau telah mempunyai anak didiknya sendiri seramai 3 orang. Syabas...

Walaupun saya ini masih baru lagi di dalam dunia fotografi berbanding dengan brader Rahman ini, hadirnya saya pada waktu itu adalah untuk memberikan sokongan kepada mereka (anak didik brader Rahman) dan juga tunjuk ajar yang sepatutnya. Walaupun jasa saya nie kecil, tetapi ianya amat penting untuk membuktikan bahawa mereka yang masih baru di dalam bidang ini bukannya berseorangan. Mereka perlukan sokongan untuk menaikkan semangat mereka untuk terus berkarya di dalam dunia fotografi ini.

Semoga mereka terus sukses selalu...

Antara shoot yang sempat saya ambil waktu itu...




Salam bro....tertarik dengan kata2 semangat u tentang nak beri sokongan pada pendatang2 baru dalam bidang fotografi ni coz saya pun baru je nak berjinak2 dalam bidang nih....harap dapat tunjuk ajar dan sokongan dari bro...tq
..freelance makeup..
http://yuslafiqa.fotopages.com/
Mon 28-Jul-2008 05:21
Posted by:Lelatouch  - [Link]
Salam perkenalan juga...
tq kerana lawat fp saya yang serba kekurangan fotonya,..masih belum miliki kamera DSLR idaman, masih tercari2 yg sesuai untuk newcomer like me...selalunye bila ada job,guna hp or kamera digital biasa je...that's why need sokongan and pandangan dari otai2 cam bro....admire ur semangat....tq again..
Mon 28-Jul-2008 05:46
Posted by:Lelatouch  - [Link]
memang nice.....bro.....klau ade TT jgn lupe HALLOO.... Tue 29-Jul-2008 15:11
Posted by:za8 vtec_7822@yahoo.com.my  - [Link]
Add comment


Monday, 21-Jul-2008 03:50 Email | Share | | Bookmark
Shahrudin & Siti Nurulhuda (UPdate)







Walaupun hujan turun dengan lebatnya pada sebelah pagi Sabtu (19 Julai) yang lepas, Majlis Perkahwinan antara Shahrudin dan Siti Nurulhuda tetap berlangsung dengan meriah. Kali ini saya dengan isteri turun dengan seorang lagi ahli baru KKFK, iaitu Awie BM (Beskalmuda). Walaupun budak awie nie kecik orangnya tetapi bakatnya sungguh besar dalam bidang fotografi ini. Dengan berbekalkan kamera DSLR yang baru sahaja dibeli tempoh hari, pertama kalinya beliau beraksi di medan perjuangan. Hehehe... Syabas Awie...

Kerana hujan telah turun dengan lebatnya pada sebelah pagi, jadi jadual masa untuk pengantin baru ini telah lari sikit dari yang sepatutnya. Akibatnya kami semua terpaksa balik lewat. Walaupun penat, tapi kami sangat-sangat berpuas hati dengan segala komiten dan kerjasama dari semua pihak. Kami enjoy dengan kerja kami sepanjang proses pengambaran.

Sesi outdoor tetap diteruskan walaupun pada awal paginya, hati saya rasa resah sebab cuaca yang tidak menentu. Namun, pada tengaharinya, hujan telah reda. Syukurlah...pada sebelah petangnya dapat juga kami mengadakan sesi luarpintu (outdoor) untuk kedua pengantin baru ini. Lokasinya ialah di sekitar pantai pengkalan balak, Melaka.

So, kepada kedua-dua pengantin Shah & Huda, terimalah rakaman kenangan terindah dari kami (Krew Mozabas & Ahli KKFK). Kami doakan agar Shah & Huda sentiasa bergembira hingga ke akhir hayat dan juga selamat menempuhi alam rumahtangga.

Tidak lupa juga kepada ahli keluarga kedua-dua belah pihak diatas segala kerjasama dan komitmen yang diberikan kepada kami semua. Paling best ialah bapa pengantin lelaki, sungguh sporting...

salam bro.. lama rasa nyer tak bertemu... saya sua photo yang akhir sekali...... muka pengatin seperti bercahaya
cam mana nak buat ya?
Thu 24-Jul-2008 14:03
Posted by:ruzaimy  - [Link]
Terpegun dan kagum beb....salm perkenalan Sun 27-Jul-2008 04:29
Posted by:deelapena  - [Link]
cun...memang cun Thu 14-Aug-2008 13:01
Posted by:steam mailwedding@gmail.com  - [Link]
View all 8 comments Add comment


Monday, 14-Jul-2008 03:15 Email | Share | | Bookmark
My Almost Sporting Customer



Huh!!..lega rasanya bila amanah sudah dilaksanakan. Semalam 13 Julai 2008, saya telah menghantar CA From Melaka To PD kepada customer saya Haffize & Hajar Suriati di Bukit Beruang, Melaka. Feed back yang saya dapat sungguh memberangsangkan. Terima kasih saya ucapkan kepada kedua pengantin ini atas segala kerjasama yang telah diberikan. Anda berdua teramat-amat sportingnya...hehehe

Saya harapkan mereka berdua berpuas hati dengan segala hasil kerja yang saya dan krew berikan. Dan akhir kata, semoga anda berdua berbahagia hingga ke akhir hayat. AMIN.

cantik...dan kemas heheheh harap aku dpt bljr n berguru ngan ko...hrp2 dpt Tue 15-Jul-2008 11:44
Posted by:shairulfaiz  - [Link]
sy hanya akan komen pd entry yg sy rskan menarik shj..jika tidak sy juz tengok2 camtu jek...kesimpulannya, anda tersenarai dlm entry yg mnarik minat sy...huhu

http://sricandid.fotopages.com/
Fri 18-Jul-2008 07:15
Posted by:sricandid photographer abujuaq@yahoo.com  - [Link]
salamm... erkkk.. dapat anugerah ALMOST SPORTING CUSTOMER ker?? hik hik hik.. thanks gak kat team KKFK @ mozabas.. custom album yg betul2 cun + best + mabeles!!! semua yg tengok custom album tu pun cakap best.. yg dah kawen pun tgk raser cam nak kawen balik... wahahahaha.. anyway, keep up the really good work guys!! maju terus!!

p/s : ada class untuk editing tak?? hehehe..
Tue 22-Jul-2008 06:55
Posted by:haffize AKA marsolos marsolos@yahoo.com.my  - [Link]
View all 5 comments Add comment


Monday, 30-Jun-2008 02:11 Email | Share | | Bookmark
Majlis Akad Nikah Shahrudin & Nurul Huda



Syukur alhamdulillah...
Pada Sabtu yang lalu, berlangsunglah majlis akad nikah antara dua insan iaitu Shahrudin daripada Masjid Tanah dan Siti Nurulhuda dari Perak Darul Ridzuan. Majlis Akad Nikah tersebut telah berlangsung di Masjid Bukit Piatu, Melaka.

Majlis sebenar akan berlangsung pada 19 Julai 2008 di rumah pengantin lelaki. Jadi, tunggukan untuk selanjutnya majlis perkahwinan mereka.

nice montage...tak sabar nak tunggu bro update.... Thu 10-Jul-2008 08:58
Posted by:akina  - [Link]
waa.....shotting yang menarik la Tue 15-Jul-2008 06:15
Posted by:dstudio blerr_sempoikot@yahoo.com  - [Link]
tone cantik sgt... Tue 12-Aug-2008 19:43
Posted by:azmieibra azmieibra@yahoo.com  - [Link]
View all 4 comments Add comment


Monday, 23-Jun-2008 00:32 Email | Share | | Bookmark
Si Darah Manis ~ Majlis Pertunangan Huzaimi & Suriati



Selamat Menempuhi Alam Pertunangan buat Huzaimi Dan Suriati yang telah berlangsung pada 21 Jun 2008 di Rembau Negeri Sembilan.

Berkemungkinan besar, mereka berdua akan melangsungkan perkahwinan pada hujung tahun ini.

mcm kenal jer.......Selamat bertunang.......Nasib baik dapat bro mozabas yg POWERFULL......nice picture Tue 24-Jun-2008 12:20
Posted by:za8 vtec_7822@yahoo.com.my  - [Link]
bro kenal sy yer.. sy kenal bro tk?
mekacih..
mozabas mmg power pon..

tq pada mozabas kerana sudi merakamkan saat2 manis saya bertunang..
Fri 27-Jun-2008 01:35
Posted by:MiE supemans@yahoo.com
alo....bai..caya la sifu ambik gambar....mabvelessss
slmt bertunang......mie nanti possing lbh ckit
Sun 6-Jul-2008 04:27
Posted by:edy_impul
Add comment


[<<  <  1  [2]  3  4  5  6  7  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.